Unordered List

Rabu, September 26, 2012

Anne Ngasri dan Aliff Aziz sah berpisah!!!!



24 Sep –- Dramatis tempatan, Anne Ngasri mengakui bahawa hubungan cinta yang terjalin antaranya dan kekasih, Aliff Aziz sudah pun putus.
"Benar, saya dan Aliff Aziz kini sudah putus dan masing-masing membawa haluan masing-masing," katanya seperti dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.
Walaubagaimanapun Anne enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka, sebaliknya menganggap kegagalan cinta kali ini adalah kerana tiada jodoh di antara mereka.

HEBAT!!!!. MOYANG UMUR 90 TAHUN DAPAT DIPLOMA!




CHICAGO -- Moyang berumur 90 tahun dapat diploma? Wanita yang berumur 90 tahun dan pernah tercicir daripada persekolahan kerana mahu membantu keluarga ketika Zaman Kemelesetan Besar kini memperoleh diploma sekolah tinggi.
Wanita itu, Eleanor Benz meninggalkan Sekolah Tinggi Lake View di sini pada 1936 untuk bekerja.

LAWAK!!!!. POSMEN UGUT TIDAK MAHU HANTAR SURAT KERANA DISERANG KUCING!!!!


CLAPHAM - Kelakar. Sebuah keluarga diberi amaran bahawa surat mereka tidak akan dihantar selepas seorang posmen diserang oleh kucing peliharaan mereka.
Pegawai-pegawai Royal Mail iaitu perkhidmatan penghantar surat di Britain menulis surat kepada Ken Ridge dengan mendakwa kucing miliknya, Illy telah menyerang seorang posmen.

BELUM AJAL!!!!. BAYI DISAHKAN MATI, HIDUP SEMULA SELEPAS DUA JAM DIPELUK IBUNYA!!!!


SYDNEY --- Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam.
Dalam kejadian ituyang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

AJAIB!!!!!. BUTA SELAMA 10 MINGGU KEMUDIAN DAPAT MELIHAT SEMULA SEPERTI BIASA!!!!!


Seorang budak perempuan berusia 11 tahun di Denton, Britain, Becky Cranmer mengejutkan doktor-doktor selepas dia hilang penglihatan dalam masa cuma 10 minggu.

Becky disahkan menghidap penyakit radang saraf optik dikenali sebagai neuritis optik.

KENANGAN.... SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE!!!!



GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) --- Jika melintasi Jalan Gudwara di pusat bandar ini, kita akan ternampak Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa tetapi ramai di antara kita tidak mempedulikannya kerana beranggapan ia hanya sebuah sekolah lama yang terletak di pusat bandar.

Namun kini pandangan kita mungkin berbeza, sekolah kebangsaan yang diasaskan pada tahun 1887 dengan nama asalnya Kampung Jawa Malay School itu akan menjadi satu daripada daya tarikan apabila ia dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee mulai Ahad ini.

BIJAK!!!!!. UMUR 12 TAHUN SUDAH MENJADI MAHASISWA IJAZAH SARJANA MUDA!!!!


BIJAK!!!  Seorang murid, Cameron Thompson yang berumur 12 tahun diterima menjadi mahasiswa jurusan matematik di Universiti Terbuka di Britain.

Budak lelaki itu diterima untuk kursus ijazah sarjana muda sains dengan kepujian dan dia dijangka menamatkan pengajian semasa berusia 16 tahun.
Walaupun sudah bergelar mahasiswa, Cameron masih menuntut di sekolah Maelor bersama murid lain tetapi dia belajar pada waktu petang untuk kursus ijazah itu.

SEORANG LELAKI DIHUKUM KERANA WAJAHNYA SEPERTI SYAITAN!!!!


Pelik!!! Seorang penduduk di Kampung Seasalter, Kent, Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa.
Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnya kelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah £3,552 (RM20,861).

WOW!!! INILAH RUPA KERETA TERBANG PERTAMA DUNIA!!!!


Wow.....Dengan hanya menekan beberapa butang sebuah kereta mampu berubah menjadi sebuah kapal terbang dalam masa 30 saat...

Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07 kilometer sejam dan bergerak sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak petrol tanpa plumbum biasa.

MAT MELAKA KE TALI GANTUNG....


MAT MELAKA KE TALI GANTUNG: SIRI AKHIR

Ikuti siri terakhir kisah mengenai pembunuhan bersiri oleh seorang bomoh pada tahun 1908 di Kampung Bota, Sungai Perak. Kisah ini menceritakan episod pembunuhan serta kronologi tindakan dan usaha pihak
 polis bagi memastikan pembunuh dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Masa yang ditetapkan telah tiba. Pada jam 6.00 petang semua orang dewasa lelaki telah sampai di masjid melainkan Mat Melaka. Pada mulanya harapan untuk memberkas Mat Melaka telah mula pudar, tiba-tiba setiap anak buah merasa kerana Mat Melaka datang muncul dari satu lorong mengarah ke masjid itu. Mat Melaka terus berjalan menuju ke masjid. Masa itu beberapa orang anak buah Tok Penghulu terus menerpa dan menangkapnya. Tidak ada masa bagi Mat Melaka untuk menghunus golok yang tergantung di pinggang sebelah kirinya.

PEJUANG POLIS...CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA!!!


Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.


Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...