Unordered List

Jumaat, September 14, 2012

Apakah Hukum Seorang Wanita Bergelar Isteri Mengahwini Lelaki Lain???


Di dunia serba moden kini, cerita mengenai isteri bercinta @ berkahwin dengan lelaki lain adalah perkara semakin berleluasa pada abad ini. 
Cinta yang berpegang kepada hawa nafsu hingga tergamak berkahwin seorang lagi lelaki walaupun hingga berkahwin ke negara jiran adalah menjadi cerita hangat dikalangan remaja mahupun yang berumur. 
Apakah hukum berkahwin dengan lelaki lain padahal statusnya adalah isteri orang???Haram bagi seorang lelaki bercinta dengan isteri orang lebih-lebih lagi mengahwininya.Cara bagi mengatasi masalah demikian ialah dengan memusatkan fikiran kita hanya kepada pasangan kita yang telah ditakdirkan Allah kita berkahwin dengannya.

Tahukah Anda Gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj



Sesungguhnya siksaan dan pembalasan dari Allah SWT sungguh azab.. 

Berikut adalah  gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.

Peristiwa Isra' 
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

Inilah Balasan Menderhaka Kepada Suami....


Dini sebuah cerita untuk dijadikan pengajaran dan tauladan kepada isteri yang menderhaka kepada suaminya....
Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israil berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita disebabkan penyakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.
Satu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekali gus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar perlahan-lahan sebuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.

Tahukah Anda Hukum Meninggalkan Solat Jumaat??


Sembahyang Jumaat adalah fardu 'ain di atas setiap orang lelaki Islam mukalaf yang tidak dalam pelayaran dan tidak pula uzur. Meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa uzur syari'i adalah berdosa. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. 

Tahukah Anda Menderhaka Kepada Ibu-Bapa Termasuk Dalam Dosa-dosa Besar..


Ingatlah kita bahawa ibu yang melahirkan kita. Selama 9 bulan ibu mengandungkan kita tanpa meminta sedikit balasan pun. Tahukah anda menderhaka kepada ibu-bapa adalah termasuk dalam dosa-dosa besar?
Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Tahukah Anda Hukum menggugurkan kandungan???



Kes pembuangan bayi kini semakin berluluasa di Malaysia dan dunia. Ini disebabkan banyaknya pergaulan bebas tanpa batas oleh sesetengah pihak yang kurangnya ilmu agama. Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.[1] Ini berdasarkan dalil:

7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Tahukah Anda 22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Masuk Rumah Anda???


Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta para sahabatnya. Kali ini hendak saya kongsikan sedikit perkongsian untuk dijadikan panduan dan iktibar...

1. Rumah yang memutuskan hubungan Silaturrahim.

TAHUKAH ANDA 15 AZAB ALLAH SWT YANG MENUNGGU BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU



KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA. BILA SOLAT DITINGGALKAN BERMAKNA KITA MENJAUHKAN DIRI KITA DENGAN ALLAH SWT. DI SINI SAYA KONGSIKAN 15 AZAB ALLAH SWT YANG MENUNGGU BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU..
6 AZAB DI DUNIA (KETIKA HIDUP)

Tahukah Anda Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

GeMPAR!!! 17 PELAJAR SEKELAS HAMIL SERENTAK SELEPAS KEM MUSIM PANAS!


Gila!. 17 orang remaja perempuan yang belum pun genap umur 17 tahun dan masih merupakan pelajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat dengan idea gila mereka iaitu hamil secara serentak. Tidak hanya pejabat dan guru-guru, para ibu-bapa mereka pun tidak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam benak fikiran kesemua remaja perempuan ini.

WANITA TERKEJUT MENGANDUNGKAN SEEKOR ULAR!


Satu kejadian aneh menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Namanya adalah Rasheedan Bibi. Wanita pakistan ini mengandung seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan!. Tentu kejadian ini sangat aneh dan membuatkannya menjadi bingung. Apatah lagi dalam keadaannya yang hidup dalam kemiskinan.

Hukum Bertatoo..



     Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)


Padah Merobohkan Masjid, 40 Orang Hindu Buta..



Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.


Akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India menceritakan bagaimana 40 Orang Hindu menjadi buta setelah merobohkan masjid.. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...