Sabtu, Februari 29, 2020
Muhyiddin Yassin dilantik PM ke -8
Selasa, Februari 18, 2020
Ashraf Sinclair meninggal dunia
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung sekitar jam 4 pagi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan.
PELAKON terkenal, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf, 40, disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
"Iya (benar meninggal). Serangan jantung," katanya.
Jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan.
Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dibanjiri ucapan takziah.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.
Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.
kredit: astro awani
Isnin, Februari 10, 2020
Pelawak terkenal Abam Bocey Meninggal Dunia
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.