Unordered List

Rabu, Februari 20, 2019

Marouane Fellaini sah akan ke Larkin


Bekas bintang Manchester United yang dilahirkan pada 22 nov 1987 Marouane Fellaini sah akan ke Larkin. 
Namun, dia ke Larkin bukanlah untuk menyarung jersi juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’azim, tetapi dia bakal bersama rakan sepasukannya di Shandong Luneng untuk menentang JDT dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia.
Shandong Luneng layak ke peringkat kumpulan selepas menumbangkan wakil Vietnam, Hanoi FC dalam perlawanan kelayakan yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan. Shandong bangkit dari ketinggalan untuk menang 4-1 menerusi jaringan Liu Junshuai, Graziano Pelle, Liu Binbin dan Zhou Haibin selepas Hanoi mendahului menerusi jaringan Nguyen Van Quyet.
Selain JDT dan Shandong Luneng, turut berada dalam Kumpulan E adalah wakil Korea Selatan Gyeongnam FC dan wakil Jepun, Kashima Antlers yang menewaskan kelab Australia, Newcastle Jets dalam satu lagi perlawanan kelayakan.
Pastinya satu perlawanan menarik bakal disaksikan di antara JDT menentang Shandong Luneng yang diperkuat Fellaini dan Graziano Pelle nanti. Dengan ketinggian 1.94 meter, pastinya pemain kebangsaan Belgium ini akan menjadi senjata yang perlu diberi perhatian oleh Harimau Selatan nanti.

sumber: foxsports.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...