Unordered List

Sabtu, September 15, 2012

Apakah Hukum Menyambut Hari Jadi Dan Meniup Lilin???

Setiap insan bernama manusia pasti akan menyambut ulang tahun kelahiran. Menjadi kebiasaan masa kini ulang tahun kelahiran di sambut dengan parti, dan majlis besar - besaran. Dan juga menjadi kebiasaan bila sebut ulang tahun kelahiran, semestinya tidak lekang dengan meniup lilin.
          Pernahkah anda tertanya2 di benak fikiran anda akan hukum menyambut ulangtahun     kelahiran dengan  
          meniup lilin???


Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

1 ulasan:

  1. TQ info...good information. Take pernah plak aku tahu hukum hakam tiup Lilian no.tq admin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...