Unordered List

Sabtu, Februari 29, 2020

Muhyiddin Yassin dilantik PM ke -8


Sekalung tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 4.29 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan esok.
Proses seterusnya ialah istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok.

Selasa, Februari 18, 2020

Ashraf Sinclair meninggal dunia




Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 

Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung sekitar jam 4 pagi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan.


PELAKON terkenal, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf, 40, disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

"Iya (benar meninggal). Serangan jantung," katanya.

Jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan.

Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dibanjiri ucapan takziah.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.

kredit: astro awani


Isnin, Februari 10, 2020

Pelawak terkenal Abam Bocey Meninggal Dunia


PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Sama sama kita sedekahkan al Fatihah kepada arwah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...