Unordered List

Jumaat, September 14, 2012

Tahukah Anda Hukum Meninggalkan Solat Jumaat??


Sembahyang Jumaat adalah fardu 'ain di atas setiap orang lelaki Islam mukalaf yang tidak dalam pelayaran dan tidak pula uzur. Meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa uzur syari'i adalah berdosa. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. 


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.


Bekerja mencari najkah hidup dalam waktu Jumaat tidaklah dikatakan uzur syari'i yang diharuskan meninggalkan Jumaat. Dalam masalah yang dipersoalkan itu maka wajib di atas pekerja-pekerja yang beragama Islam meminta izin dari majikannya untuk menunaikan fardu Jumaat tiap-tiap hari Jumaat dan bagi mereka yang takut dibuang kerja seperti mereka benar-benar percaya dan yakin kalau pergi Jumaat akan diberhenti atau dibuang kerja, Maka atas mereka itu bolehlah disifatkan uzur syari'i yang diharuskan meninggalkan Jumaat. Pihak berwajib hendaklah berikhtiar sedaya¬upaya yang boleh mencari jalan supaya dapat diatasi untuk membolehkan pekerja¬ pekerjanya menunaikan fardu Jumaat dengan sempurna sesuai dengan usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...