Kesalahan yang dilakukannya ialah dia
menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnya kelihatan seperti syaitan dengan
menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah £3,552
(RM20,861).
Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan
perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu
memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan
pergerakannya.
Dia menjalani pembedahan supaya dua
tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang
dua.
Paslow mengaku di sebuah mahkamah
majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai
pembedahan itu.
"Ia merupakan kesilapan bodoh. Saya
meminta maaf. Saya berasa amat kesal," katanya yang merupakan duda dua
anak.
0 comments:
Catat Ulasan