Penyakit ganjil itu biasanya sembuh
selepas pesakit diberikan steroid tetapi ubat tersebut tidak berkesan buat
Becky.
Dia buta selama 10 minggu enam bulan
lalu ketika dia berkelah bersama keluarganya semasa cuti musim panas yang
lepas.
"Ketika itu, kami pergi bercuti dengan
menaiki karavan dan dia (Becky) berulang kali meminta kami membuka lampu, pada
hal, cuaca di luar karavan adalah cerah," kata ibunya, Angela Cranmer,
40.
Ibunya kemudian membawanya menjalani
pelbagai ujian perubatan, tetapi doktor-doktor gagal mencari punca penyakit
tersebut kerana matanya yang bengkak
Menurut ibunya, ketika itu, dia
diberitahu oleh beberapa doktor bahawa Becky akan dapat melihat kembali jika
saraf optiknya tidak rosak.
Dia kemudian dapat melihat semula
selepas beberapa minggu dia mengunjungi hospital tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan