Budak lelaki itu diterima untuk kursus
ijazah sarjana muda sains dengan kepujian dan dia dijangka menamatkan pengajian
semasa berusia 16 tahun.
Walaupun sudah bergelar mahasiswa,
Cameron masih menuntut di sekolah Maelor bersama murid lain tetapi dia belajar
pada waktu petang untuk kursus ijazah itu.
Ibu bapa kanak-kanak genius itu,
Roderick, 35, dan Alison, 32, menyatakan mereka mula mengetahui kebolehan luar
biasa Cameron dalam mata pelajaran Matematik semasa dia berusia empat
tahun.
Kanak-kanak itu diterima melanjutkan
pengajian di universiti selepas dia lulus cemerlang dalam ujian di peringkat
menengah dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik
Tambahan.
Di sebalik kecemerlangannya dalam
bidang matematik, dia didapati menghidap sindrom Asperger
Syndrome yang menyebabkannya sukar untuk bergaul.
"Penyakit itu menyebabkan anak kami
agak sukar bergaul tetapi pihak sekolah dan rakan-rakannya banyak membantu,"
kata Roderick.
"Dia kini berada dalam tahun dua di
universiti itu," tambahnya.
0 comments:
Catat Ulasan