Unordered List

Rabu, September 26, 2012

MAT MELAKA KE TALI GANTUNG....


MAT MELAKA KE TALI GANTUNG: SIRI AKHIR

Ikuti siri terakhir kisah mengenai pembunuhan bersiri oleh seorang bomoh pada tahun 1908 di Kampung Bota, Sungai Perak. Kisah ini menceritakan episod pembunuhan serta kronologi tindakan dan usaha pihak
 polis bagi memastikan pembunuh dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Masa yang ditetapkan telah tiba. Pada jam 6.00 petang semua orang dewasa lelaki telah sampai di masjid melainkan Mat Melaka. Pada mulanya harapan untuk memberkas Mat Melaka telah mula pudar, tiba-tiba setiap anak buah merasa kerana Mat Melaka datang muncul dari satu lorong mengarah ke masjid itu. Mat Melaka terus berjalan menuju ke masjid. Masa itu beberapa orang anak buah Tok Penghulu terus menerpa dan menangkapnya. Tidak ada masa bagi Mat Melaka untuk menghunus golok yang tergantung di pinggang sebelah kirinya.


Dalam laporannya Doel mnceritakan sebanyak 200 lebih bot dan sampan mengiringi bot yang membawa Mat Melaka dari Bota ke Parit. Apabila sudah sampai di Balai Polis Parit anggota polis di balai itu meminta kebenaran Doel untuk menggunakan kesemua gari yang ada di balai (4 gari) untuk menggari kaki dan tangan Mat Melaka ke batang-batang besi lokap dalam balai itu.

Setelah Mat Melaka dapat ditawan maklumat telah datang mencurah-curah mengenai kegiatannya. Selama ini orang ramai takut untuk tampil ke hadapan membantu pihak polis. Doel telah membawa Mat Melaka ke rumahnya di Bota untuk menjalankan pemeriksaan. Dalam sebuah peti Doel menjumpai sebuah buku nota yang mengandungi carta. Carta ini kemudiannya disahkan oleh Ngah sebagai carta yang digunakan di Tronoh di mana Mat Melaka telah gagal dalam rancangannya untuk membunuh Ngah. Doel juga telah menjumpai barang-barang hiasan perak yang kemudiannya disahkan sebagai harta-harta kepunyaan Kulop Mat Taib. Di tengkuk anak Mat Melaka tergantung seutas rantai emas dan dan wang tembaga kepunyaan Kulop Mat Taib.
Kulop Mat Taib telah hilang lesap sejak 28 November 1909. Kali terakhir beliau dilihat ialah bersama-sama dengan Mat Melaka waktu pagi di hari yang sama. Mereka menuju ke Kampung Merbau lebih kurang dua batu dari rumah Mat Melaka. Mereka dilihat oleh dua orang petani di situ. Walaubagaimanapun pun hanya Mat Melaka sahaja yang balik.

Doel telah merancangkan satu pasukan untuk mencari mayat Kulop. Mereka memulakan gerakan mencari di pinggir hutan Kampung Merbau. Di sana pasukan mencari telah menjumpai tengkorak dan tulang-tulang di bahagian badan, kaki, dan tangan. Tengkorak (terutama bahagian gigi) dan lain-lain tulang itu telah dapat membantu pihak perubatan untuk mengecam sebagai Kulop Mat taib. Lebih kurang suku batu dari tempat ini telah menjumpai rangka-rangka dua manusia yang dapat dikesan sebagai rangka orang lelaki. Tengkorak dua orang ini telah hilang. Mungkin telah dimusnahkan oleh babi hutan.

Semasa perbicaraan isteri Mat Melaka telah memberi keterangan untuk pendakwa. Beliau mengesahkan iaitu selepas hilangnya ketiga-tiga orang tersebut, suaminya telah mendapat wang dan barang kemas yang banyak. Perbicaraan memakan masa selama dua belas hari. Seramai 30 orang saksi memberikan keterangan mereka. Mat Melaka telah dijatuhkan hukuman mati. Hukuman dijalankan di penjara Taiping dalam bulan Disember 1910.

Sumber: Buletin Bukit Aman, 1984

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...