Dalam kejadian ituyang disifatkan
sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi
nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu
ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di
sini.
Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily
berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20
minit.
Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang
disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk
penghormatan terakhir.
Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa
anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap
anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika
dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.
Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie
kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda
bernafas.Kate kemudian memberikannya susu dengan
menggunakan jari.
"Saya berasa sangat sedih apabila
doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya
terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib,"
kata Kate.
Seorang doktor yang dipanggil untuk
memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat
menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku.
0 comments:
Catat Ulasan