Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07
kilometer sejam dan bergerak sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak
petrol tanpa plumbum biasa.
Kereta terbang pertama dunia itu
dipandu uji oleh seorang juruterbang veteran Amerika Syarikat (AS), Phil
Meteer.
Dia mengendalikan kereta terbang itu di
Lapangan Terbang Plattsburg, New York.
"Kereta ini terbang seperti sebuah
kapal terbang."
Pembuat kereta terbang itu, syarikat
Terrafugia dari Woburn, Massachusetts menyatakan ia akan dikeluarkan pada hujung
tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia,
Carl Dietrich berkata: "Kejayaan itu akan mengubah pergerakan peribadi di
dunia."
Kereta sepanjang 5.79 meter itu
berharga AS$182,405.31 (RM664,145).
0 comments:
Catat Ulasan