Ada juga situasi di mana seorang isteri bertukar menjadi selekeh sedangkan semasa bercinta, sering berdandan rapi.
Berikut disenaraikan beberapa aspek penting yang patut anda dipertimbangkan dalam memilih pasangan anda kerana ini amat penting dalam menjalani hidup sebagai suami isteri:-
1. Pegangan agama
Pegangan
agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah
pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah
anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika
beliau saudara baru.
Bagi
isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua
keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
2. Menyayangi pasangan
Adakah
anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari
sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si
dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri.
Jika ya. Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.
3. Kesihatan
Adakah
anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas
daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan
mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah
anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya
diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV
atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai
kesihatan anda pada pasangan anda.
4. Kewangan
Perkara
ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika
tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana
perbelanjaan keluarga patut dibahagikan.
Adakah
suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau
masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100
peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai
simpanan keluarga?
Mungkin
ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang
mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu
sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.
5. Kerjaya dan cita-cita
Adakah
anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda
berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya
yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta
bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati
terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.
Bagi
lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan
tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya
pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
6. Kesesuaian
Adakah
anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang
peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda
seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda?
Tepuk dada tanya selera.
7. Persefahaman
Persefahaman
antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika
tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.
8. Keperluan seksual
Maksud
keperluan seksual adalah bolehkah pasangan anda memenuhi cita rasa
seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini
mestilah menarik minat anda dari segi fizikal dan seksual kerana
keperluan batin adalah sebahagiaan daripada kehidupan berkahwin.
0 comments:
Catat Ulasan