Unordered List

Ahad, Oktober 28, 2012

KEPADA LELAKI YANG "BERAMBUT PANJANG", SEDIKIT INFORMASI UNTUK ANDA!!!



RAMAI yang bertanya, apa faedahnya berambut panjang? Tidak rimaskah? Tetapi percaya atau tidak, ada individu yang berambut panjang berpendapat mereka sukakan gaya rambut sebegitu kerana ia merupakan salah satu cara untuk mengekspresi diri dan berbeza dengan orang lain.



Malangnya, lelaki berambut panjang sering dikaitkan dengan imej negatif seperti penagih dadah, orang yang tidak pandai mengurus diri atau serabai. Sedangkan ramai juga lelaki berambut pendek yang tidak kisah langsung dengan penampilan diri masing-masing.
Tidak jauh berbeza dengan golongan wanita, lelaki turut suka berfesyen. Mereka gemar untuk mengikut trend berpakaian atau warna semasa.
Potongan paling popular untuk kaum lelaki pastinya berambut pendek. Sebabnya, ia lebih mudah dijaga dan sangat sesuai dengan mereka. Lagi pun lelaki adalah makhluk yang praktikal dan jarang ambil peduli dengan ‘hal-hal kecil’ seperti rambut.

Justeru, potongan rambut, baju, kasut, seluar dan aksesori menjadi elemen-elemen penting dalam membentuk gaya seseorang. Lelaki hanya ada dua potongan rambut iaitu pendek atau panjang.
Rambut pendek boleh digayakan dalam banyak cara, misalnya dengan menggunakan gel atau mousse.
Harus diingat bahawa rambut panjang juga mampu memberi gaya tersendiri kepada pemiliknya. Memanglah potongan rambut ini tidaklah popular dan memerlukan penjagaan ekstra, namun ia tidaklah sesukar yang disangka.
Untuk kelihatan bergaya, individu perlu membeli produk-produk penjagaan rambut dan menggayakannya setiap hari. Gaya rambut messy adalah antara gaya paling popular, membuatkan seseorang lelaki itu kelihatan trendy, rajin mengurus diri dan up-to-date.

Cara paling mudah untuk kelihatan kemas ialah dengan mengikatnya, tanpa menggunakan sebarang aksesori rambut yang bersifat feminin. Bagi mereka yang berambut panjang sederhana pula, ia mungkin sedikit melecehkan.
Bagi yang bercadang untuk berambut panjang, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Biarpun gaya rambut sebegini semakin diterima, tetapi masih ramai yang tidak menyukainya.
Lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam bilik temuduga. Jadi, adalah lebih baik anda mengetahui polisi sesebuah syarikat mengenainya.
Selain itu, kita boleh lihat lelaki yang rambutnya semakin nipis masih enggan memotong ‘ekor’ mereka. Jika rambut bahagian tengah semakin tiada, apa gunanya rambut itu dibiarkan panjang?
Kalau rambut anda jenis keras dan kerinting, jangan sekali-kali meluruskannya. Mengapa? Meluruskan rambut dengan teknik rebonding misalnya memang tidak sesuai!
Mewarna rambut? Kalau boleh elakkan, bukan sahaja ia kurang sesuai dengan imej anda yang maskulin, tetapi jika dilakukan secara berlebihan hanya merosakkan rambut. Jika hendak warnakan juga, pilihlah warna yang sesuai.
Untuk mengekalkan rambut panjang yang menarik dan sihat, gunakan produk penjagaan yang sesuai dengan struktur rambut dan sensitiviti kulit kepala anda.
Selepas bersyampu, jangan lupa sapukan perapi. Rambut bercabang dan rosak membuatkan gaya rambut panjang nampak tidak terjaga, selain susah untuk disikat dan dirapikan. Sesekali, letakkan minyak, misalnya minyak zaitun supaya rambut nampak lebih bermaya.
Kalau boleh, tidak perlu mengeringkan rambut menggunakan alat pengering. Ia hanya membuatkan rambut anda keras dan mudah rosak. Jangan biarkan rambut anda memanjang tanpa sebarang ‘pemantauan’. Sekali-sekala, pergilah ke salon untuk memotong bahagian hujungnya.
Ramai majikan yang kurang gemar kepada gaya rambut panjang. Jangan panik, apa yang anda boleh lakukan ialah mengikatnya dan gunakan produk sepatutnya agar penampilan menjadi lebih kemas.
Akhir sekali, pastikan rambut anda yang panjang itu bersih dan rapi. Tidak mustahil potongan rambut sebegini membuatkan anda berasa lebih yakin dan mampu menarik minat sesiapa yang memandangnya. Selamat mencuba!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...