Unordered List

Ahad, Oktober 28, 2012

Haram Dan Bahaya Perkataan "kalau"???


Penggunaan perkataan "KALAU" ada yang dibolehkan dan ada yang dilarang. KALAU yang dilarang ialah apabila berlaku sesuatu yang buruk atau seseorang itu ditimpa nasib malang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat perkara tu tadi, mesti takkan jadi macam ni..” atau kata-kata yang seumpamanya.



Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلي الله عليه وسلم المؤمن القوي خير و أحب الى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير أحرص علي ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز وان أصابك شيء فلا تقل لو أني كان كذا و كذا ولكن قل قدر الله وما شاء فعل فان لو تفتح عمل الشيطان

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...