Unordered List

Ahad, Oktober 28, 2012

ADAKAH LELAKI "TUA" LEBIH CENDERUNG MERASAKAN DIRI MEREKA MUDA???


Setiap manusia akan merasai hari tua. Tetapi orang yang lebih tua cenderung untuk merasakan diri mereka 13 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka, satu kajian terbaru mencadangkan.


Kajian itu melibatkan sekumpulan warga emas yang kesemuanya yang berusia 70 tahun ke atas. 
Mereka juga menganggap mereka kelihatan 10 tahun lebih muda daripada usia mereka. Bagaimanapun, warga emas wanita lebih mengakui rupa paras mereka menghampiri usia sebenar berbanding warga emas lelaki.
"Responden-responden secara umumnya merasakan diri mereka lebih muda daripada umur mereka yang sebenarnya dan mereka juga menunjukkan tahap puas hati yang tinggi secara relatif tentang proses penuaan," kata pengkaji Jacqui Smith, seorang ahli psikologi di University of Michigan, Amerika Syarikat (AS).
Dia menambah: "Barangkali merasakan diri 13 tahun lebih muda adalah ilusi optimum pada usia tua."
Keputusan kajian itu akan disiarkan dalam Journal of Gerontology: Psychological Science.
Smith dan rakan-rakannya telah menganalisis data daripada tinjauan yang melibatkan 516 lelaki dan perempuan berusia 70 tahun ke atas. Kajian tersebut mengesan persepsi warga tua terhadap usia mereka.
Ada juga dalam kalangan warga tua yang dikaji merasakan diri mereka terlalu muda, berbanding purata 13 tahun.
Pengkaji bertanyakan kepada warga tua yang menjadi responden tentang 'berapa usia anda yang anda rasakan apabila melihat diri anda di cermin?" Para peserta menandakan usia yang mereka rasakan pada skala diantara 0 hingga 120 tahun.
"Bagaimanapun, wanita cenderung merasakan diri mereka lebih tua, berbanding lelaki,"kata Smith. 
"Terdapat beberapa alasan mengapa jurang antara jantina ini berlaku. Salah satunya ialah wanita lebih sedar tentang penampilan mereka berbanding lelaki, dan sering memberikan tanggapan negatif tentang tubuh yang lebih tua.
Satu lagi alasannya ialah lelaki biasanya mati pada usia yang lebih muda, berbanding perempuan. Jadi, lelaki-lelaki tua yang masih hidup adalah dalam kalangan lelaki-lelaki yang mempunyai tubuh yang baik.
Responden-responden juga ditanya tentang tahap kepuasan diri mereka terhadap penuaan. Keputusan menunjukkan umumnya, lelaki lebih berpuas hati, berbanding wanita.

p/s : Kepada yang masih muda, persiapkanlah diri anda untuk hari tua kelak...

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...