AL-QURAN memberi impak yang sangat mendalam kepada mereka yang menggunakannya sebagai pembimbing hidup dan penawar kepada pelbagai masalah hidup. Ia mempengaruhi mereka dengan sangat hebat dan bersifat radikal serta menyeluruh. Ia satu proses transformasi ke atas watak dan menjelmakan semula peribadi baru yang murni dan dicintai oleh Allah S.W.T.
Perubahan yang sangat ketara ialah
peribadi Rasulullah s.a.w sendiri. Sebelum diangkat menjadi Rasul, baginda
adalah pemuda yang hidup menyendiri dan tidak bercampur dengan penyembah
berhala. Perubahan yang diserlahkan melalui kefahaman terhadap ayat-ayat Allah
dari semasa ke semasa memberikan kekuatan kepada baginda untuk melaksanakan
amanah Allah kepadanya. Orang yang miskin, tidak dipedulikan dan berkaki ayam di
padang pasir dibentuk semula dalam proses didikan hati yang
baru...
Jiwa berubah dan janji Allah adalah
benar: "Sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri."- Surah ar-Ra'd: 11. Oleh itu, dalam masa
beberapa tahun sahaja, satu kuasa baru muncul dari padang pasir Arab, menakluk
empayar Rom dan Parsi. Pada masa yang sama merampas pusat kepimpinan daripada
mereka.
Bagaimanakah mungkin al-Quran membuat
perubahan yang drastik ini?
Hakikatnya, yang membuat al-Quran
begitu berkesan adalah pendekatan yang cemerlang, diikuti pula oleh para sahabat
nabi. Mereka memahami al-Quran dan menghargai nilainya.
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w adalah
al-Quran iaitu membenarkan apa yang benar dan menolak apa yang
salah.
Justeru, bukan sesuatu yang aneh
apabila Aishah menggambarkan baginda sebagai 'al-Quran yang
berjalan.'
Rasulullah s.a.w membaca al-Quran
dengan perlahan dan jelas. Suatu malam, ketika sedang solat, baginda mengulangi
bacaan ayat berikut: 'Jika
Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalangnya) kerana sesungguhnya
mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka
sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'- Surah
al-Maidah: 118.
Al-Quran memberi banyak impak ke atas
nabi seperti surah Hud dan surah-surah selepasnya yang berkaitan dengan hari
akhirat. Kesannya bukan sekadar fizikal malah mendalam ke lubuk hati. Salah satu
daripadanya ialah ayat 23 iaitu: 'Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat
menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli syurga,
mereka kekal di dalamnya.' (Surah Hud: 23)
Para sahabat mengikut jejak langkah
Nabi s.a.w. Mereka juga menikmati kemanisan ayat-ayat al-Quran ketika
membacanya. Dalam hal ini, kisah Abbad ibn Bishr amat bermakna untuk direnungi.
Setelah kembali daripada satu pertempuran, Nabi s.a.w melantik Abbad dan Ammar
menjadi pengawal tempat mereka berkhemah. Abbad mengambil giliran pertama
berkawal dan rakannya tidur dahulu.
Memandangkan keadaan terkawal dan
tempat itu diyakini selamat, Abbad mengerjakan solat malam.
Bagaimanapun, musuh memerhati
perkhemahan tersebut dan membidik anak panah lalu mengena tepat di tubuh Abbad.
Beliau mencabut anak panah tersebut dan meneruskan solatnya. Musuh membidik
sekali lagi hinggalah kali ketiga, beliau berhenti daripada membaca ayat-ayat
al-Quran, rukuk, sujud dan membangunkan 'Ammar.
Dalam keadaan lemah, Abbad membangunkan
Ammar dan dengan suara terketar-ketar, beliau berkata kepada: "Ammar...jaga
tempat aku. Aku tercedera." Ammar bingkas bangun dan menghalau musuh. Kemudian
dia kembali mendapatkan Abbad dan bertanya, "Kenapa engkau tidak mengejutkan aku
apabila terkena bidikan yang pertama?"
Abbad menjawab: "Ketika aku sedang
solat dan membaca satu surah dari al-Quran yang meruntun jiwa aku dengan
kekaguman, menyebabkan aku tidak mahu memendekkannya. Demi Allah, aku bersumpah
tidak mahu meninggalkan walau satu huruf yang mana telah diperintahkan oleh
Rasul Allah untuk memeliharanya. Aku lebih rela mati daripada mengganggu
ayat-ayat yang sedang aku baca itu."
Contoh di atas adalah peneguhan bahawa membaca al-Quran bukan sekadar mainan bibir sahaja. Nilai sebenar al-Quran terletak kepada memahami makna dan keupayaannya memberi kesan kepada pembaca. Al-Quran menghidupkan kembali hati dan membaharui minda. Keadaan inilah yang menjadi pemangkin kepada orang yang ingin mengetahui dan mengenal Allah, seterusnya beribadah kepada-Nya.
Contoh di atas adalah peneguhan bahawa membaca al-Quran bukan sekadar mainan bibir sahaja. Nilai sebenar al-Quran terletak kepada memahami makna dan keupayaannya memberi kesan kepada pembaca. Al-Quran menghidupkan kembali hati dan membaharui minda. Keadaan inilah yang menjadi pemangkin kepada orang yang ingin mengetahui dan mengenal Allah, seterusnya beribadah kepada-Nya.
Bagaimanapun, hasil yang sama tidak
dapat dinikmati jika membaca tanpa berfikir biarpun beribu-ribu
kali.
Membaca al-Quran dengan mengambil
pengajarannya adalah lebih baik daripada membaca keseluruhannya tanpa merenung
maknanya. Kaedah ini lebih banyak dipersetujui oleh kebanyakan cerdik pandai
Islam kerana ia lebih berkesan dalam proses mendidik hati dan merangsang
perubahan diri.
0 comments:
Catat Ulasan