Apakah hukum seorang wanita memakai wangian iaitu minyak wangi?
Hadits
Pertama :
من
عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة
“Barangsiapa
yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu
ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad,
Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)
Hadits
Kedua :
حبب
الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة
“Diberi
kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita,
harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad,
Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)
Hadits
Ketiga :
أطيب
الطيب المسك
“Sebaik-baik
harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad,
Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)
Hadits
Keempat :
إذ
ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا
“Apabila
salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka
janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim,
Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)
Hadits
Kelima :
أيما
امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة
“Siapa
sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri
(sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad,
Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)
Hadits
Keenam :
إذ
ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة
“Apabila
seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan
diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari
jalan Abi Hurairah)
Hadits
Ketujuh :
أيما
امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل
“Siapa
sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya
tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan
dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah
dari jalan Abu Hurairah)
Hadits
Kelapan :
أيما
امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية
“Siapa
sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia
melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka
dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud,
Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).
Keterangan :
1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu
dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai
harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada
kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan
sama sekali antara lelaki dan wanita.Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan
menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa
Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai
wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala :
لَقَدْ
كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
”
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat
dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab : 21 )
Nabi Shollallahu
alaihi wa sallam menjadi
suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan
muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah
harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu
alaihi wa sallam.
2. Hadits ke-4 dan 5 itu
menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri
sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak
bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali
demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam
sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih
dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh
jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu
malam.
3. Hadits ke-6 itu menunjukkan
: Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan
dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.
4. Hadits ke-7 itu mengandungi
hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai
wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla.
Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah hadits tersebut
diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum
wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk
sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna
lillahi wa inna ilaihi raaji’un !
5. Dari hadits ke- 4, 5, 6,
dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila
’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai
wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan
dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh
:
وَقَضَى
رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا
يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا
أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا
”
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah
seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada
keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan
ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )
Dalam ayat diatas kita
dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki
keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras
lagi larangannya dan begitulah seterusnya.
قُلْ
لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ
أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ
يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى
جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ
أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ
أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ
نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي
الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى
عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ
مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
”Katakanlah
kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Katakanlah kepada wanita yang beriman:“Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka
menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan
janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung.( An Nuur : 30-31 )
Allah Azza
wa Jalla perintahkan
kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini
tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan,
berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari akan lebih keras lagi
larangannya.
Kalau bagi kaum wanita
telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk
orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau
supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan
yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai
perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar
kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)
Kesimpulan :
1. Perempuan dibolehkan bahkan
sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnyakhususnya untuk suami (jika
ada).
2. Perempuan yang hendak
keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya
daripada wangi-wangian sebersih mungkin.
3. Haram
hukumnya bagi
perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat
lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.
Kemudian datang satu
pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada
perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti
deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”
Saya jawab, kalau ’sesuatu
ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah
terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang
sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu
menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau
’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya.
Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah.
Demikianlah jawapan saya.
——————–
Sumber:- Buku al-Masaail jilid 2 cetakan ke-3 halaman 151
0 comments:
Catat Ulasan