Setelah menyempurnakan satu terjunan, para atlet dilihat akan berenang menuju ke tangga, mendaki naik, keluar dari kolam renang dan menuju ke tempat air pancuran.
Kadang-kala mereka menunggu untuk
menerima markah ketika sedang mandi air pancuran.
Ada teori menyatakan atlet berbuat
demikian untuk membersihkan klorin yang terdapat pada air kolam renang dan ada
juga yang berpendapat ia sekadar berseronok.
Bagaimanapun, menurut juara terjun
Olimpik China, Tian Liang, mereka sebenarnya melakukannya untuk memastikan
otot-otot mereka sentiasa panas selepas keluar dari dalam kolam
renang.
Biasanya, terdapat perbezaan antara
suhu dalam kolam renang dan suhu di udara. Suhu dalam kolam renang biasanya
kira-kira 27 darjah Celsius, sedangkan suhu di udara biasanya antara 20 hingga
22 darjah Celsius.
Perbezaan ini boleh menyebabkan otot
menjadi tegang. Untuk mencegahnya, para penerjun perlu memanaskan badan sama ada
dengan mandi air pancuran atau berendam dalam tab mandi air
panas.
0 comments:
Catat Ulasan