Kajian itu turut mendapati, golongan
lelaki secara purata menyerahkan segala urusan pembelian seluar dalam mereka
sendiri kepada ibu sehingga mereka mencapai usia 19 tahun.
Ia berbeza dengan wanita yang mula
membeli ketika berusia 13 tahun sebaliknya lelaki yang baru berbuat demikian
pada umur 19 hingga 23 tahun bertujuan untuk mencari pasangan
hidup.
Ketika tempoh itu, lelaki sanggup
membeli sehingga 31 pasang seluar dalam setahun kerana percaya kononnya memakai
seluar dalam baru merupakan syarat penting untuk menjalinkan hubungan dengan
wanita.
Namun, lelaki didapati kurang membeli
seluar dalam semasa berumur antara 23 dan 33 tahun kerana hubungan dengan
pasangan waktu itu dianggap sudah stabil.
Mereka dalam kumpulan umur tersebut
menyerahkan hal berkaitan pembelian seluar dalam baru kepada teman
hidup.
"Kajian kami menunjukkan, kita boleh
mengenali lelaki yang sedang mencari pasangan dengan melihat jumlah seluar dalam
dibeli, kata ketua aksesori lelaki di gedung beli-belah Debenhams, Rob
Faucherand.
Jika lelaki membeli lebih 31 pasang
seluar dalam setahun, ia menunjukkan dia masih terdesak untuk mencari teman atau
belum mempunyai sebarang teman wanita.
0 comments:
Catat Ulasan