Setiap
kali melayari sebuah laman
web pasti kita akan
nampak pada ruangan alamat diatas HTTP dan HTTPS. Tetapi adakah kita tahu
apakah perbezaan dan maksud HTTP dan HTTPS?
HTTP adalah singkatan dari
HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa
yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
Jadi apa perbezaan huruf S yang
membezakan antara HTTP dan HTTPS?
“S” adalah singkatan daripada
“Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia
akan biasanya dimulai dengan ini: http://.
Ini
bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang
tidak selamat.
Dengan kata lain, ada kemungkinan
ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan
website.
Jika Anda mengisi borang di laman
web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman
tersebut.
Jadi tidak digalakkan untuk kita
tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!
Tetapi, jika alamat web bermula
dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda
sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat
sekodeng maklumat anda.
Anda faham mengapa hal ini begitu
penting, kan?
Jika sebuah laman web meminta
anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu
samaada alamat web bermula dengan https: / / .
Jika tidak, jangan memasukkan
maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.
Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu,
kongsilah pada kawan-kawan.
ooooooo baru laa saya tw
BalasPadamoooo... begitu yaaaaa.....
BalasPadam