Unordered List

Rabu, Oktober 10, 2012

Kenapa Kita Rasa Loya Ketika Membaca Dalam Kereta!





Ketika kita sedang asyik membaca akhbar atau majalah dalam sebuah perjalanan samada dalam kereta, kapal terbang, kapal atau sebagainya, tiba-tiba kepala merasa pening dan loya. Pernahkah anda mengalami kejadian seperti itu? Timothy C. Hain, guru besar ilmu saraf di Northwestern University Medical School,
dan Charles M. Oman, pengarah Man Vehicle Laboratory di MIT Center pernah menjelaskan tentang masalah ini.

Mabuk, entah akibat perjalanan menggunakan kereta atau kapal ataupun berada di ruang angkasa, merupakan suatu keadaan yang tidak menyenangkan akibat dari ketidakseimbangan antara situasi yang diharapkan otak dan maklumat yang diterimanya melalui deria.


Untuk mengembalikan keseimbangan, otak mensintesis data dari pelbagai sumber, termasuk penglihatan, sentuhan, dan telinga bahagian dalam. Yang terakhir ini sangat penting kerana otak mengesan gerakan kaku (angular motion) dan juga gerakan linear. Dalam banyak hal, semua input di terima. Ketika input tidak sesuai dengan situasi yang diharapkan otak, ketika itulah terjadi mabuk atau rasa mual ingin muntah.


Bayangkan, anda sedang duduk di tempat duduk belakang kereta sambil membaca. Mata anda tertumpu pada buku, dan ini dimaklumkan kepada otak bahawa anda berada di dalam kereta.

Akan tetapi sewaktu kelajuan kereta berubah atau memainkan, sensor dalam telinga anda menangkap ada sesuatu yang berubah dan dimaklumkan ke otak. Sayangnya otak membantah kenyataan itu kerana ia menerima isyarat dari mata.

Ketidakseimbangan maklumat inilah yang menyebabkan mabuk. Melihat keluar tingkap akan membantu mengurangkan hal itu. Tak hairan jika pemandu jarang mabuk, kerana dia tidak hanya mempunyai sensor maklumat yang pas kerana dia yang mengawal kereta. Jadi sensor yang dimiliki pemandu siap dengan pelbagai bentuk gerakan.


Cara itu boleh dilaksanakan jika anda ingin bebas dari mabuk laut. Tetaplah berada di geladak kapal sehingga anda boleh melihat cakrawala. Sekali sistem keseimbangan anda telah mempelajari bagaimana mengatasi gerakan kapal ketika anda mendapatkan gegaran, setelah itu dijamin tidak akan mabuk deh.

Namun kesannya juga masih boleh anda rasakan saat ke darat, tubuh anda masih tetap dapat merasakan gerakan kapal untuk beberapa jam atau bahkan beberapa hari.

Mabuk juga boleh dialami oleh para astronaut. Data menunjukkan bahawa mabuk angkasa dialami oleh 70% calon angkasawan. Dalam keadaan tanpa berat atau graviti mikro, keadaan dalam telinga tidak dapat menentukan kedudukan naik atau turun.

Beberapa anggota kru mengatakan bahawa mereka secara terus menerus merasakan bahawa kedudukan mereka terbalik, meskipun orientasi mereka sudah benar.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...