Unordered List

Rabu, Oktober 10, 2012

Asal Usul Mesin ATM!!!



Luther George Simjian adalah salah seorang Penemu dan ilmuwan yang berumur cukup panjang. Ia dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905, dan meninggal pada 23 Oktober 1997 dalam usia 92 tahun.
Simjian muda hijrah ke Amerika Syarikat pada usia 15 tahun, kerana dipisahkan dari keluarganya pada masa Perang Dunia I. Setelah bertemu dengan kerabatnya di Connecticut, dia mula belajar berdikari dengan bekerja sebagai Fotografer sesuai dengan bidang minatnya. Pada awal mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang Perubatan. Namun minatnya berubah ketika Pihak Universiti memberikan pekerjaan di makmal Gambar. Pada tahun 1928, dia telah menduduki jawatan Pengarah pada Jabatan Fotografi di Universiti tersebut



Pada tahun 1934 Simjian pindah ke New York, di mana dia mengembangkan mesin X-ray warna dan self-posing portrait camera, yang membolehkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar yang tepat yang akan diambil. Denagn berbekal penemuannya ini, Simjian menubuhkan sebuah syarikat pembuatan kamera dan menjual lesen untuk menggunakan kamera tersebut di studio mini yang diletakkan dalam Department Store dengan nama Photoreflex yang kemudian diganti dengan nama Reflectone. Syarikat inilah yang kemudian terus melakukan pembangunan optik, dan peranti elektro mekanik.

Ketika Simjian menawarkan idea untuk membuat pelanggan bank melakukan transaksi finacial tanpa bertemu dengan teller, ia diragui banyak orang. Tak kenal menyerah, pada tahun 1939, Simjian mendaftarkan 20 paten yang berkaitan dengan peranti penemuan barunya itu, dan menawarkan penemuannya kepada sebuah syarikat besar yang sekarang dikenal dengan nama Citicorp. Baru setelah 6 bulan kemudian, Citicorp menyahut tawaran Simjian tersebut. "Nampaknya, orang yang akan menggunakan mesin ini hanyalah sejumlah kecil pelacur dan penjudi yang malu dan tidak mahu bertemu muka dengan tellers" tulis Simjian.



Oops, ternyata hari ini pada setiap sudut jalan, kita dapat dengan mudah mencari mesin "ajaib" ini. Apa yang menjadi keraguan banyak orang pada masa tersebut sangat tidak terbukti. ATM sudah menjadi keperluan yang tidak dapat dipisahkan bagi kebanyakan orang yang tinggal di bandar. Penemuan Simjian yang pada awalnya diragukan, kini telah membantu banyak orang dengan hadirnya kemudahan malalui mesin ATM.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...