Ini kerana proses penyusuan badan dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada hidup yang lebih bermakna.
Banyak
kelebihan yang boleh didapati daripad
a menyusu badan. Antaranya, proses ini mengurangkan pendarahan selepas bersalin dan darah haid.
a menyusu badan. Antaranya, proses ini mengurangkan pendarahan selepas bersalin dan darah haid.
Lebih
menarik, ibu dapat mengurangkan berat badan melalui penyusuan badan.
Justeru, saya tidak faham mengapa masih wujud tanggapan menyusu badan
boleh menjejaskan bentuk badan si ibu.
Perlu
diketahui, setiap wanita mengalami penambahan berat badan sebanyak 12
kilogram ketika hamil. Terdapat juga, sesetengah wanita hamil mengalami
sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa.
Jadi, penyusuan susu badan sangat membantu.
Atas
faktor tersebut, kajian mendapati, wanita lebih cenderung mengambil
pemakanan tambahan untuk mengekalkan bentuk badan. Padahal, wanita hamil
lebih digalakkan mempraktikkan diet seimbang.
Ini
kerana pengambilan makanan tambahan secara berlebihan dan diperbuat
daripada ramuan yang tidak sesuai, boleh menjejaskan kesihatan dan air
susu ibu.
Selain
itu, penyusuan susu badan membantu menstabilkan endometriosis wanita
selepas bersalin. Endometriosis merupakan kondisi di mana tisu lapisan
yang sepatutnya kekal di uterus, berada di bahagian lain.
Bukan
itu sahaja, kita juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis.
Sekiranya, selama lapan bulan ibu menyusukan susu badan kepada bayi maka
tulang mereka akan menjadi semakin kuat.
Penyusuan
susu badan dapat mengelakkan wanita daripada mengalami penyakit kronik
seperti kanser payu dara, kanser ovari dan kanser endometrial. Namun
begitu, kanser payu dara masih boleh didapati sekiranya ahli keluarga
mengalami penyakit yang sama.
Ada
pendapat yang mengatakan jika ibu tidak menyusukan anak, maka susu
badannya boleh menyebabkan kanser payu dara. Pendapat tersebut disangkal
oleh Dr. Seri Suniza. Ini kerana tanggapan itu adalah mitos
semata-mata.
Merungkai
persoalan mengenai kesan susu ibu akibat proses bertungku, urutan dan
bengkung selepas bersalin, proses-proses itu tidak mendatangkan sebarang
impak buruk. Sebaliknya, ia melancarkan peredaran darah.
Namun,
pengambilan jamu atau makanan tambahan sebarangan tidak digalakkan
kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan susu ibu tetapi juga bayi.
Misalnya, ruam di bahagian mulut dan pipi bayi berpunca daripada masalah
itu.
0 comments:
Catat Ulasan