Pemain
bola sepak England berkenaan telah menyerahkan kediamannya itu kepada
pasangan Tony dan Jackie Adams serta memberitahu mereka supaya
menganggap bahawa rumah tersebut seperti milik mereka sendiri.
Bagaimanapun, Beckham dan isterinya, Victoria masih merupakan pemilik kediaman mewah tersebut.
Bechkam
yang kini sedang beraksi di Los Angeles membuat keputusan bahawa
kediaman mereka di Timur Tengah itu akan menjadi hadiah paling bermakna
kepada pasangan tersebut.
“Dia
mempunyai beberapa urusan di Los Angeles dan ia adalah satu perjalanan
jauh terutamanya ketika dia perlu menghabiskan banyak masa di London.
“Oleh
itu, dia berbincang dengan Victoria dan membuat keputusan bahawa rumah
tersebut adalah hadiah istimewa kepada ibu bapa isterinya kerana mereka
telah banyak berkorban untuk keluarga pasangan terkenal itu,” katanya.
Pemain
yang menerima antara bayaran paling mahal di dunia itu sangat
mempercayai ibu bapa mertuanya itu dan mengetahui bahawa hartanya akan
selamat sekiranya berada di tangan pasangan tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan