Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who
Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia
di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu
kemiskinan....
Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar,
timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog
Millionaire.
Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang
seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz
berkenaan.
Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos
rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas
dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.
"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi
begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.
Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada
minggu depan.
Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksamenonton
rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set
televisyen.
Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk
menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih
cerah.
Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu
buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk
adik-beradiknya membuka perniagaan kecil.
SUMBER: KOSMO
0 comments:
Catat Ulasan