Misi Emily Wallis mencari bapanya yang terpisah sejak bayi berakhir dengan pengalaman luarbiasa setelah mendapati bekas petinju tersebut bertukar jantina.
Ibu Emily menggambarkan bapanya, Clive
Harrison sebagai 'Kuda Itali' tetapi kini lelaki itu mahu dikenali sebagai
Chloe, 52.
Emily berkata, Chloe kelihatan seperti
nangka yang sarung baju berwarna perak, memakai alat solek dan rambut
palsu.
"Lidah saya kelu tidak terkata apa-apa.
Apa yang boleh saya katakan 'Ayah lebih cantik daripada saya, saya sukakan kasut
ayah'," kata Emiliy di sini.
Katanya, dia mula menyedari memiliki
seorang bapa kandung setelah mendapati perbezaan ketara pada wajahnya dengan
tiga adiknya yang lain.
Rahsia terbongkar Emily ketika berusia
19 tahun apabila ibunya, Ann, 47, mendedahkan bahawa dia ialah anak hasil
hubungannya dengan Chloe.
Ann yang tinggal di Hastings, East
Sussex memberitahu Emily, dia pernah bertemu Chloe di Herne Bay, Kent pada 2005
dan sejak itu bapanya berhasrat untuk bertemu anaknya.
Namun, ibunya terputus hubungan kerana
nombor telefon yang diberi Chloe tercicir sehinggalah seorang rakan memaklumkan
Chloe berada di Sussex..
0 comments:
Catat Ulasan