Unordered List

Ahad, September 09, 2012

PELIK!. LEBAH BOLEH BANTU POLIS JEJAKI PENJENAYAH?


Cara lebah madu mengesan makanan mungkin dapat membantu detektif polis dalam memburu pembunuh bersiri, dakwa saintis Universiti London.

Teknik yang dikenali sebagai profil geografi itu berdasarkan kaedah lebah mencari makanan jauh dari sarang dan ia dikenal pasti menyamai kaedah penjenayah melarikan diri.
Hasil kajian itu, ujar Dr. Nigel Raine, yang diterbitkan jurnal Interface terbitan Royal Society dikatakan berupaya menolong penyiasat menjejaki suspek dengan lebih pantas dan sistematik.
"Kami memasang tag pada lebah untuk melihat pergerakan mereka dan amat teruja mendapati laluan serangga ini membantu pemahaman dalam kajian kriminologi," katanya. 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...