Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.
Pada
usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi
tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku
perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara
mulai matang.
Bagaimanapun,
selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis
telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan
mengendur.
Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara.
Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.
Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.
Memiliki
payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia
meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian
penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.
Golongan
wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi
menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi
bentuk tubuh yang cantik.
Cara
memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit
bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah
ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.
Misalnya,
jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72
sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula
12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda
perlukan coli B cup.
Pemakaian
coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan
masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan
menarik struktur ligamen pada tubuh badan.
Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos.
Apa
pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai
mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi
menampakkan bentuk yang menawan.
Memakai
coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin
merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih
memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa
dengan kehendak payu dara.
0 comments:
Catat Ulasan