Satu gambar menunjukkan dua lelaki di mana tubuh mereka berwana merah dan sebahagian rambut dicukur cuba mengacukan tombak ke arah pesawat itu.
Beberapa gambar Orang Asli itu berjaya dirakamkan dari sebuah pesawat yang terbang di kawasan hutan Terra Inigena Kampa e Isolados do Envira yang dilindungi di Sungai Envira.
Di belakang lelaki itu, seorang wanita turut memerhati ke arah pesawat dengan tubuhnya dicat warna gelap.
Terdapat
satu lagi gambar yang menunjukkan sebanyak 15 orang lagi berada
berdekatan dengan pondok, sebahagiannya melakukan persediaan untuk
membaling tombak ke arah pesawat.
"Dunia
perlu jaga daripada tidur untuk memastikan wilayah mereka dilindungi
berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jika tidak berbuat demikian,
mereka akan pupus," kata Pengarah Survival International, Stephen Corry di mana pertubuhannya itu memberikan berusaha melindungi penduduk asli di seluruh dunia.
Penduduk
asli yang ditemui itu dipercayai tidak pernah menjalin hubungan dengan
manusia moden dan dunia luar dan maklumat mengenai mereka setakat ini
masih belum diketahui.
Tubuh
berwarna, apakah yang mereka makan (anggota-anggota ekspedisi yang
menaiki pesawat itu melihat terdapat taman pertanian dari angkasa),
bagaimana mereka membina pondok, bahasa dan cara masyarakat itu
berfungsi juga setakat ini masih kekal misteri.
"Kami
menganjurkan penerbangan itu untuk menunjukkan rumah dan kewujudan
mereka," kata pakar Orang Asli, Jose Carlos dos Reis Meirelles Junior.
"Ini adalah penting kerana terdapat pihak yang meragui kewujudan mereka," tambahnya.
Bagaimanapun,
kehidupan kumpulan Orang Asli yang gambar mereka dirakamkan itu kini
dalam bahaya kerana aktiviti pembalakan di Peru.
Apabila
ahli-ahli antropologi meninjau kawasan itu dari pesawat, mereka melihat
beberapa wanita dan kanak-kanak di mana tubuh mereka tidak dicat.
Namun,
selepas pesawat itu berpatah balik ke kawasan sama beberapa jam
kemudian, tubuh badan wanita dan kanak-kanak itu dicat dengan warna
merah.
"Orang
Asli di Amazon mengecat tubuh mereka kerana pelbagai sebab dan salah
satunya adalah kerana mereka berasa diancam atau dalam keadaan mahu
melakukan serangan," kata anggota Survival International, Miriam Ross.
"Mereka hampir pasti tidak mengetahui apa benda yang terbang itu mungkin ia adalah roh atau burung besar," katanya.
"Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.
"Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.
Terdapat
lebih 100 kumpulan Orang Asli yang tidak mempunyai hubungan dengan
manusia moden hidup di seluruh dunia, separuh daripadanya tinggal di
Brazil atau Peru, kata Survival International.
Sebahagian mereka mungkin tidak pernah mengubah cara hidup yang diamalkan lebih 10,000 tahun lalu.
0 comments:
Catat Ulasan