SINGAPURA - Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.
Kebanyakan mereka tidak banyak berubah
berbanding tahun sebelumnya.
Robert Kuok mengekalkan gelarannya
sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun
sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi
itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia
terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan
hartanah.
Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan,
73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9
bilion.
Beliau membeli dalam portfolio kuasa di
Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai
AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan
telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun
untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.
Di tempat ketiga ialah Lee Kim Hua,
yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5
bilion.
Keluarga di belakang empayar perjudian
Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi
di Amerika Syarikat.
Anak Lee, Lim Kok Thay, yang
menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada
AS$605 juta.
Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group
kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan
kedudukan beliau di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat
sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.
Malaysia kini mempunyai 11 bilionair,
naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau
Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai
bersih mereka meningkat.
Harta mereka melonjak 22 peratus
setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih
tinggi.
Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu
Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit,
disenaraikan pada No. 22 dengan nilai
AS$500 juta.
AS$500 juta.
Beliau merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta,
runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New
Guinea dan Australia.
Seorang lagi pendatang baru ke dalam
senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan
hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220
juta.
Ng Joo Siang, juga memasuki senarai
untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta.
Beliau yang berusia 52 tahun mengambil
alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada
bapanya.
Tambahan kepada tiga penyertaan baru,
dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans
auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi
Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.
Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam
senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami
kejatuhan dan dua kekal sama.
Tahun ini, nilai bersih minimum
sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada
AS$125 juta tahun lepas.
Berbeza dengan kedudukan bilionair,
senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar.
Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang
diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Nilai bersih berdasarkan harga saham
dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012.
SUMBER: SH
0 comments:
Catat Ulasan