Unordered List

Ahad, September 23, 2012

AJARAN SESAT AHMADIYAH DI INDONESIA BAKAR MASJID TANDA PROTES!!!!!


Ratusan penunjuk perasaan yang melaungkan slogan 'bunuh, bunuh, bunuh' membakar sebuah masjid di Sukabumi, Jawa Barat milik pengikut ajaran sesat, kata polis.

Jurucakap polis, Kolonell Dade Ahmad berkata, seorang anggota polis cedera di bahagian kepala apabila sekumpulan penunjuk perasaan membaling batu ke arah masjid itu sebelum mereka membakarnya.
Serangan itu adalah yang terbaru melibatkan pengikut ajaran Ahmadiyah di negara berkenaan.
Kebanyakan penganut ajaran Islam menganggap pengikut Ahmadiyah itu sesat kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir.
Kira-kira 300 orang membakar masjid dan memusnahkan sebuah bangunan sekolah selepas tengah malam.
Ramai anggota pengikut itu kemudian melarikan diri dengan mendapatkan perlindungan di rumah saudara mara dan rakan.
"Kami mendengar para penyerang menjerit bakar,bakar dan bunuh, bunuh," kata seorang pengikut ajaran itu, Zaki Firdaus.
"Suasana adalah dahsyat," tambahnya.
Pengikut Ahmadiyah dipercayai seramai 200,000 orang di Indonesia dan sebahagian mereka telah dihukum sejak bertahun-tahun lalu.
Sebanyak empat buah masjid pengikut itu sudah dibakar.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...