Unordered List

Rabu, September 12, 2012

Gempar!!! Remaja Diperkosa Abang Ipar 13 Kali


Dua remaja mengakui telah diperkosa oleh abang ipar sendiri masing-masing sebanyak 13 kali dan 9 kali.
Menurut sumber, dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa telah dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini.
Salah seorang dari dua beradik tersebut telah diperkosa sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010.
Bukan itu sahaja, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu.
Kejadian terkutuk itu dikongsikan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil.
Tindakan dua beradik tersebut telah  mengakibatkan lelaki berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin.
Mengikut pertuduhan, mereka boleh dituduh mengikut seksyen 376 kanun keseksaan.
Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Baling telah mengesahkan kejadian berkenaan.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...