Unordered List

Jumaat, Oktober 26, 2012

RAJA PEMBEDAHAN PLASTIK DUNIA SELAMA 11 TAHUN BERTURUT-TURUT!!!


Berani!!! Seorang wanita dari Ohio, Amerika Syarikat (AS) yang berumur 54 tahun, Cindy Jackson (gambar) menduduki tempat pertama buat kali kesebelas berturut-turut kerana menjalani banyak pembedahan plastik..
Cindy yang mendapat gelaran Barbie iaitu patung mainankanak-kanak popular menjalani lebih 50 kali pembedahan plastik dengan kos melebihi £100,000 (RM564,660).
"Saya tidak pasti sama ada rekod Guinness itu merupakan satu perkara yang baik," katanya.
"Namun, ramai orang yang berpendapat ia merupakan sesuatu yang hebat menyebabkan saya berpendapat saya mula menyukainya kini," tambahnya.
Dia mula menjalani pembedahan pada 1988 berikutan kematian bapanya.
Menurutnya, bapanya mewariskannya wang dalam jumlah yang banyak menyebabkan dia memutuskan untuk mengubah bentuk dirinya.
"Perkara pertama untuk saya melakukan perubahan ialah di bahagian mata," katanya yang kemudian menjalani pembedahan payu dara, bibir dan di beberapa bahagian tubuhnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...