Unordered List

Ahad, Oktober 21, 2012

BUDAK PEREMPUAN 2 TAHUN SEPERTI ANAK PATUNG "BARBIE DOLLS"


Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan.

Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.
Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.
"Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal," kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat Kepulauan Sheppey.
"Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain," tambahnya. 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...