Unordered List

Ahad, September 16, 2012

PELIK!!!! GARY,IKAN KALOI YANG KETAGIH MAKAN COKLAT!




Pelik!!!!  Petugas akuarium di London berjaya mengubati seekor ikan kaloi yang ketagihan coklat dan membuatnya berkongsi makanan yang lebih sihat dengan ikan sejenis dengannya. Sebelum ini kaloi yang malang itu selalu diberi makan Kit Kat oleh pemiliknya.

Pada awalnya petugas dari Sea Life London Aquarium berasa pelik kerana kelakuan ikan seberat 4 kilogram itu menolak untuk makan sampai akhirnya mereka mendapati bahawa ikan itu tidak pernah diberi makan apapun selain dari coklat.



Pemerhati kemudian memadatkan serpihan Kit Kat ke dalam anggur agar Gary, kaloi tersebut yang berukuran 40 centimeter itu boleh berhenti dari pola pemakanannya yang biasa.




“Saya tidak pernah mendengar ikan diberi makan coklat, apatah lagi dibesarkan sepenuhnya dengan makanan itu,” kata Rebecca Carter, petugas yang ditugaskan untuk merawat ketagihan Gary.


Carter mengatakan, kaloi umumnya memakan buah. “Tetapi untungnya Gary tidak menampakkan mengalami penyakit akibat ketagihan coklat” beritahunya. “Akan tetapi, kami tidak mengesyorkan pemilik ikan untuk memberi makan makanan yang seumpama ini” beritahunya lagi.

Sayangnya, Gary bukanlah satu-satunya haiwan yang memiliki pola hidup yang aneh diserahkan pemilik asal ke pusat pemuliharaan haiwan itu.

Di akuarium Gary seorang pemilik menyerahkan Ed, seekor ikan keli yang memutuskan untuk bersikap seperti kucing. Ed hanya mau makan makanan yang disuapkan dengan tangan ke mulutnya dan sambil ditepuk-tepuk kepalanya. Ed juga diajar menyerang ikan lain yang cuba untuk mencuri makanannya.

Petugas akuarium mengatakan, pola makan Gary dan Ed sangat aneh merupakan masalah yang serius. “Banyak orang yang tidak melakukan kaji selidik terlebih dulu saat mereka ingin memelihara ikan. Akhirnya, mereka tidak mampu merawat mereka dengan baik,” kata Carter.

”Kami suka cita memberikan tempat untuk Gary tetapi faktanya, kami tidak punya tempat yang cukup luas untuk menampung permintaan yang banyak pemilik haiwan yang ingin menyerahkan ikan peliharaannya,” ucap Carter.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...